HEADLINES

Inspektor polis diperintah jalani pemeriksaan mental

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur arah tertuduh, yang didakwa cuba membunuh anggota trafik dengan merempuh menggunakan Perodua Axia, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta selepas peguam memaklumkan beliau menghidap skizofrenia

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang terlibat dalam insiden merempuh anggota trafik dan beberapa kenderaan lain supaya menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjong Rambutan, Perak.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid membuat keputusan itu selepas peguam G. Nanda Goban, mewakili tertuduh Muhammad Kamal Raj Shanmugam Abdullah, 41, memaklumkan anak guamnya menghidap skizofrenia.

“Arahan daripada keluarga tertuduh agar jangan mohon ikat jamin. Mengikut semakan, rekod cuti sakit terakhir anak guam pada Februari tahun ini dan sehingga tarikh itu, dia berada dalam keadaan terkawal kerana menjalani rawatan susulan dan mengambil ubat, namun telah berhenti selepas Februari.

Sebelum kejadian ini, bapa tertuduh pernah membuat laporan polis agar lelaki itu dibawa ke hospital, tetapi gagal kerana dia melarikan diri. Mohon mahkamah memberikan perintah agar tertuduh boleh menjalani pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 (1) Kanun Tatacara Jenayah,” kata peguam itu.

Nanda menegaskan pemeriksaan mental diperlukan bagi memastikan anak guamnya mampu menjawab pertuduhan di mahkamah.

Muhammad Kamal, yang pernah berkhidmat di Kontinjen Polis Kedah, didakwa cuba membunuh dengan melanggar anggota trafik Konstabel Roslan Salleh menggunakan kereta Perodua Axia di Jalan Sultan Yahya Petra pada 10 April lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh berkata:

“Saya sakit sihir, saya tak ingatlah.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, atau sehingga 20 tahun jika menyebabkan kecederaan.

Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha pula tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

“Mangsa merupakan seorang penjawat awam, iaitu anggota polis trafik yang telah dirempuh dan beliau mengalami kecederaan serius. Kes ini juga mendapat perhatian awam dan saya memohon agar tiada jaminan diberikan serta mahkamah menetapkan tarikh sebutan,” katanya. – 16 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related