◉ HEADLINES

MCMC buka kertas siasatan sebar berita palsu bekal diesel kepada Filipina

Pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol, dan bukan milik Petronas atau Kerajaan

8:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

MCMC dalam kenyataannya berkata, pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol, dan bukan milik Petronas atau Kerajaan.

“Individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan pada hari Jumaat.

“MCMC turut menyita peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut,’’ katanya.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai,’’ katanya.

Tindakan penguatkuasaan tegas, tegas MCMC akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam. – 18 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

◉ Related