HEADLINES

Ocean Thunder tiba di Malaysia dengan satu juta tong minyak mentah dari Iraq

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kapal Ocean Thunder, yang membawa satu juga tong minyak mentah dari Basrah, Iraq telah tiba di Malaysia.

Petronas dalam kenyataannya di media sosial berkata, ia merupakan sebahagian daripada rangkaian bekalan yang luas bagi memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil.

Menerusi grafik yang disediakan, syarikat minyak negara itu memaklumkan, daripada 1 juta tong minyak mentah itu, ia menghasilkan 159 juta liter minyak dengan tempoh penapisan selama enam hari.

Anggaran hasil daripada proses penapisan termasuk kira-kira 62 hingga 64 juta liter diesel, 45 hingga 48 juta liter petrol, 22 hingga 24 juta liter bahan api pesawat, 5 hingga 6 juta liter LPG, dan 18 hingga 25 juta liter produk lain.

Semua angka dan maklumat yang dikemukakan adalah bersifat anggaran dan tertakluk kepada jenis minyak mentah dan konfigurasi kilang penapisan.

“Ini sebahagian daripada rangkaian bekalan yang luas, salah satu usaha Petronas dalam memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil,’’ katanya.

Menurut Petronas, Ocean Thunder hanya membawa sebahagian daripada 38% import minyak mentah negara yang melalui Selat Hormuz.

“Bekalan bahan api Malaysia turut diperoleh daripada pelbagai sumber lain dalam rangkaian Petronas yang luas. Inilah yang membolehkan Petronas mengesahkan bekalan mencukupi di stesen-stesennya sehingga hujung Jun 2026,’’ kata syarikat nasional itu.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan semua kapal dibenarkan belayar melalui Selat Hormuz namun perlu diselaraskan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi menulis di X bahawa selat itu dibuka selepas perjanjian gencatan senjata dipersetujui di Lubnan, manakala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau percaya perjanjian untuk menamatkan perang Iran “tidak lama lagi”, walaupun masanya masih tidak jelas, lapor Reuters.

Ratusan kapal dan 20,000 pelaut masih terkandas di Teluk, menunggu untuk melalui laluan air utama itu yang mengendalikan kira-kira 20 peratus aliran minyak dan gas asli cecair dunia. – 18 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related