HEADLINES

Kebakaran di Sandakan: 1,000 rumah dianggarkan terlibat setakat ini – Bomba

Kebakaran itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 4.4 hektar dengan struktur rumah jenis kekal yang terbakar 100 peratus

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia, di Sandakan, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Gred B, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, Jasri Ab Jal, kebakaran itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 4.4 hektar dengan struktur rumah jenis kekal yang terbakar 100 peratus.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

“Operasi pemadaman berdepan kesukaran berikutan laluan sempit yang menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian.

“Selain itu, keadaan air laut surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber air terbuka, manakala faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya, lapor Sabah Dimensi.

Beliau memberitahu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.43 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari selepas kerja-kerja overhaul dijalankan.

Tambahnya, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian itu.

“Operasi pemadaman dijalankan secara ofensif dan defensif di kedua-dua bahagian kawasan kebakaran menggunakan empat aliran sepanjang 1,000 kaki dengan 12 pancutan.

“Pasukan bantuan dari BBP Kinabatangan turut menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki dengan empat pancutan bagi membantu mengawal kebakaran,” katanya.

Beliau berkata, sumber air diperoleh daripada lori tangki air, pili bomba milik Kilang IOI serta air laut.

Seramai 37 anggota bomba bersama beberapa jentera termasuk FRT, CFRT, EMRS dan Water Tanker dikerahkan ke lokasi, selain bantuan Pasukan Bomba Sukarela Karamunting serta agensi lain iaitu SESB, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan sedang menyelaras bersama Kerajaan Negeri Sabah untuk bantuan asas dan penempatan sementara dengan segera bagi penduduk di Kampung Bahagia, Sandakan yang terlibat dalam kebakaran.

Keutamaan kini, kata Anwar adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan. – 19 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related