HEADLINES

Konvoi Mat Motor ke lapangan terbang tidak bertanggungjawab: Loke

Program konvoi motosikal ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) itu akan diadakan hari ini pada jam 5 hingga 7 petang

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan untuk menganjurkan konvoi bermotor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kawasan lapangan terbang merupakan kawasan yang strategik dan keselamatan yang perlu dipelihara sepanjang masa bagi memastikan perjalanan penumpang lancar serta tidak terganggu.

“Untuk menjamin keselamatan dan kelancaran operasi lapangan terbang, saya telah mengarahkan JPJ untuk bekerjasama dengan polis trafik bagi mengadakan sekatan jalan raya pada petang ini dan memeriksa semua motosikal yang memasuki kawasan lapangan terbang pada petang ini tanpa kecuali termasuklah mana-mana YB yang membawa motor,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Berdasarkan poster yang dikongsi di media sosial Adun Melor, Wan Rohimi Wan Daud, program konvoi motosikal ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) itu akan diadakan hari ini pada jam 5 hingga 7 petang.

Wan Rohimi sebelum ini dilaporkan berkata, program yang dinamakan ‘Konvoi & Lepak Mat Motor bersama YB’ itu bukan bertujuan mencetuskan provokasi, sebaliknya sekadar aktiviti santai hujung minggu.

Ia dianjurkan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan

Dalam pada itu, Loke turut mempersoalkan sama ada konvoi bermotor itu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa

“Sekiranya terdapat sebarang kesesakan yang menyebabkan penumpang terlepas penerbangan mereka, adakah pihak penganjur bertanggungjawab untuk membayar pampasan tiket penerbangan mereka,’’ soalnya. – 25 April, 2026

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related