HEADLINES

Sektor swasta digalak amal BDR, model hibrid: Ramanan

Ramanan berkata kerajaan menggalakkan majikan, khususnya dalam sektor swasta untuk mengamalkan pendekatan berkenaan mengikut kesesuaian dengan keperluan operasi masing-masing

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat swasta perlu mempertimbangkan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) dan model hibrid sebagai langkah segera menangani peningkatan kos sara hidup dan subsidi bahan api.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata kerajaan menggalakkan majikan, khususnya dalam sektor swasta untuk mengamalkan pendekatan berkenaan mengikut kesesuaian dengan keperluan operasi masing-masing.

“Jika dilihat sekarang, banyak syarikat gergasi dan multinasional telah mengamalkan praktis ini, begitu juga kebanyakan institusi perbankan. Jadi kita harap lebih banyak syarikat swasta dapat mengikut saranan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Vetri MADANI di sini hari ini.

Beliau berkata peningkatan ketara dalam kos subsidi petrol yang kini mencecah hampir RM4 bilion sebulan berbanding kira-kira RM700 juta sebelum ini menuntut langkah seperti itu diambil bagi menjaga kepentingan rakyat.

Mengulas sama ada kerajaan akan menyediakan insentif kepada syarikat untuk melaksanakan BDR, beliau berkata perkara itu sedang dipertimbangkan, namun memerlukan sedikit masa sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Buat masa ini, kita berada dalam situasi krisis global dan keutamaan adalah memastikan perbelanjaan dibuat secara berhemat. Kerajaan juga sedang berusaha melakukan penjimatan sebaik mungkin,” katanya.

Menyentuh mengenai Karnival Vetri MADANI, beliau berkata penganjuran program itu bertujuan meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran, khususnya dalam kalangan komuniti India di negara ini.

Beliau berkata program berkenaan menyediakan pelbagai inisiatif termasuk latihan kemahiran kecerdasan buatan (AI) dan jentera, peluang pekerjaan serta akses kepada maklumat berkaitan bantuan dan program kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Peluang ini dibuka kepada 2,000 peserta tanpa mengira latar belakang. Orang ramai digesa merebut peluang ini dan mendaftar menerusi laman web www.hrdcorp.gov.my,” katanya. – 25 April, 2026

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related