HEADLINES

James Chai akhirnya hadir di SPRM hari ini

Bekas pembantu Rafizi beri keterangan siasatan Arm Holdings bernilai RM1.1 bilion

12:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu kepada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, iaitu James Chai, hari ini hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.

James atau nama sebenarnya Chai Jin Shern yang dilihat tiba sekitar jam 10 pagi bersama peguamnya, difahamkan baru pulang dari United Kingdom pagi ini untuk membantu siasatan.

Kes ini mula mencuri perhatian apabila pada 16 Februari lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Menurut sumber, siasatan dijalankan susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan besar kepada kerajaan.

Selain itu, siasatan turut menjurus kepada unsur konflik kepentingan, apabila beberapa individu dikatakan diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing tersebut selepas meninggalkan sebuah kementerian.

Pada 1 April lalu, SPRM memberi tempoh dua minggu kepada James Chai untuk tampil membantu siasatan, malah suruhanjaya itu bersedia menanggung kos penerbangan pulangnya ke Malaysia.

Hari ini, kehadirannya ke SPRM menandakan perkembangan penting dalam siasatan yang dijangka membuka lebih banyak persoalan mengenai perjanjian kontroversi tersebut. – 28 April, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related