HEADLINES

MCMC laksana 636 audit, 24 lokasi liputan lemah dikenal pasti

Exco Fairul Nizam Roslan berkata telco yang gagal patuhi piawaian akan dikenakan Notis Pematuhan, manakala 24 lokasi liputan lemah dikenal pasti untuk pembinaan menara baharu melalui peruntukan USP

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan 636 siri audit kualiti perkhidmatan talian komunikasi di Melaka sejak 2025 hingga 31 Mac lalu, dengan tumpuan kepada kawasan aduan komuniti.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, berkata tindakan tegas diambil sekiranya telco gagal mematuhi piawaian ditetapkan.

“Sekiranya hasil audit mendapati pihak telco gagal mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS), Notis Pematuhan akan terus dikeluarkan.

Pihak telco yang menerima notis ini diwajibkan membentangkan pelan penambahbaikan dengan kadar segera, sama ada menaik taraf peralatan di menara sedia ada atau membina menara komunikasi baharu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai) mengenai prosedur kerajaan menangani gangguan talian mudah alih.

Fairul Nizam berkata, hasil audit mengenal pasti 24 lokasi liputan lemah yang memerlukan menara baharu melalui peruntukan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), dijangka siap berperingkat sebelum suku kedua 2027.

Setakat ini, 11 lokasi sudah beroperasi termasuk Kampung Batu Gajah, Kampung Chenderah, Kampung Air Repat, Kampung Pondok Batang, Kampung Baru Tanah Pinggir Meriang, Kampung Seri Kesang, Kampung Tersusun Datuk Mohd Hidhir, Taman Panglima Pak, Taman Bemban Heights, Asahan dan Kampung Permatang Tulang.

Sebanyak 13 lokasi lain sedang dalam pelaksanaan termasuk Taman Jus Perdana, UTeM, UiTM Alor Gajah, Kampung Paya Lebar (Eco Cruise Sungai Linggi), Kampung Kuala Linggi, Kampung Beringin/Parit Melana, Jalan Lesung Batu, Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Hutan Botanikal, Hospital Jasin, Pulau Besar, Ambassador Village dan Taman Belia Antarabangsa (Melaka Wonderland).

Menjawab soalan asal mengenai tahap liputan 4G dan 5G di DUN Sungai Rambai, beliau berkata liputan 4G komposit telah mencapai 100 peratus setakat 31 Mac 2026.

“Bagi rangkaian 5G pula, Digital Nasional Berhad (DNB) telah mencapai 83.2 peratus di kawasan berpenduduk dan 40 peratus untuk liputan 5G yang dibangunkan oleh U Mobile Sdn Bhd (U Mobile).

Walaupun DUN Sungai Rambai telah mencapai liputan 4G sebanyak 100 peratus, pemantauan berterusan turut dilaksanakan oleh MCMC bagi memastikan pemberi perkhidmatan mematuhi standard kualiti perkhidmatan ditetapkan,” katanya. – 29 April, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related