HEADLINES

Umno hormati keputusan Adun BN, kekal sokong Kerajaan Perpaduan: Asyraf Wajdi

Umno menegaskan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan dalam masa sama menghormati keputusan Adun BN Negeri Sembilan yang hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar

8:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno sudah mendengar penjelasan dan berpendirian menghormati keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, biarpun sudah mendengar penjelasan tuntas daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengenai tindakan mereka itu namun dalam masa sama pihaknya akan terus kekal menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Berdasarkan penjelasan Jalaluddin kepada Asyraf, tindakan itu ada kaitan dengan sikap Aminuddin membelakangkan Institusi Adat dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, katanya, satu pertemuan segera antara Biro Politik Umno dan Biro Politik Pakatan Harapan harus diadakan segera bagi merungkai beberapa isu yang membabitkan prinsip-prinsip perjuangan parti masing-masing.

“Ini seiring dengan Klausa 5(c) Perjanjian Persefahaman dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang menuntut segala isu dasar yang diperselisihkan diselesaikan dalam Majlis Perundingan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Asyraf berkata, parti itu berpegang teguh kepada asas Perlembagaan Umno menurut Fasal 3.1 yang sentiasa mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan negara.

“Umno memandang serius perkembangan mutakhir yang melibatkan krisis Institusi Raja dan Adat Negeri Sembilan hingga mencetuskan polemik besar dan salah faham serius dalam kalangan anggota komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” katanya.

Jelasnya, ketetapan itu adalah hasil perbincangan dalam Mesyuarat Biro Politik Umno yang berlangsung semalam. – 30 April, 2026

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related