HEADLINES

Ebit Lew diarah bela diri atas 11 pertuduhan kes gangguan seksual

Mahkamah menetapkan 13 hingga 16 Oktober ini untuk Ebit Lew membela diri

8:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Tenom memerintahkan pendakwah Ebit Irawan Lew, atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew, membela diri atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membuat keputusan berkenan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ebit Lew, 41.

Nur Asyraf turut menetapkan 13 hingga 16 Oktober ini untuk Ebit Lew membela diri.

“Setelah meneliti dan menilai dengan penilaian positif kredibiliti dan kebolehpercayaan kesemua keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan dan setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak serta di atas penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan pihak pendakwaan, mahkamah ini mendapati bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan ke atas tertuduh “ kata Nur Asyraf.

Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan 18 saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes yang bermula pada September 2022.

Ebit Lew didakwa melakukan kesemua kesalahan itu termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, memaklumkan mahkamah bahawa pembelaan akan memanggil antara tujuh hingga 10 saksi.

“Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab manakala Ebit Lew turut diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki serta Timothy Daut.

Sementara itu, Ram Singh berkata pihaknya menghormati keputusan mahkamah.

“Kita berharap kes ini akan segera selesai kerana ia telah berlanjutan selama lebih empat tahun,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah. – 30 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related