◉ HEADLINES

Kes pelajar ditikam 61 kali: Dua suspek remaja lelaki direman 7 hari, dua suspek warga emas direman 3 hari

Polis berkata perintah tahanan reman terhadap suspek bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua suspek lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berikutan kematian penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh tengah malam semalam direman tujuh hari manakala dua lagi suspek warga emas wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun direman tiga hari.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.

Perintah tahanan reman terhadap suspek bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis Kelantan mengesahkan menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas susulan penemuan mayat gadis dengan 61 kesan tikaman di Ketereh selain turut merampas sebilah pisau.

Suspek yang ditahan terdiri daripada dua remaja lelaki dan lelaki warga emas berusia 19 hingga 66 tahun, manakala wanita warga emas berusia 60 tahun.

Kesemua suspek ditahan antara jam 4 petang semalam sehingga awal pagi hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata, kesemua mereka ditahan menerusi serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Murni, di sini, dan Kampung Belukar Luas, Ketereh.

Dalam perkembangan berkaitan, jenazah pelajar kolej Nurfisya Zulkifly selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang dekat sini pada 5.30 pagi.

Jenazah dibawa pulang selepas proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selesai malam tadi.

Ahli keluarga mangsa yang ditemui media semalam meminta mereka diberikan ruang untuk bertenang susulan kejadian tragis itu.

Malah tinjauan di kediaman keluarga mangsa di Kampung Batu Jarau di Kuala Kangsar turut mendapati keadaan sunyi dan hanya ahli keluarga terdekat difahamkan berada di situ. – 2 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related