HEADLINES

PM hadir Sidang Kemuncak BIMP-EAGA, prbincangan tertumpu pembangunan subwilayah

BIMP-EAGA, yang merujuk kepada Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina, ditubuhkan pada 1994 dengan matlamat mempercepat pertumbuhan ekonomi inklusif, pembangunan dan kemakmuran di kawasan kurang membangun dalam negara anggotanya

6:58 PM MYT

 

CEBU (Filipina) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak BIMP-EAGA di sini hari ini, dengan perbincangan tertumpu kepada pembangunan subwilayah.

BIMP-EAGA, yang merujuk kepada Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina, ditubuhkan pada tahun 1994 dengan matlamat mempercepat pertumbuhan ekonomi inklusif, pembangunan dan kemakmuran di kawasan kurang membangun dalam negara anggotanya.

Anwar tiba di sini pada 1.50 tengah hari bagi lawatan dua hari untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan.

Sidang kemuncak itu akan turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bersama-sama Perdana Menteri.

Sementara itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berkata perbincangan pada sidang kemuncak tersebut, menampilkan program dan projek utama yang kini memberi impak besar kepada komuniti tempatan menerusi penciptaan peluang pekerjaan, pengukuhan hubungan jaringan serta peluasan peluang, khususnya di kawasan pertumbuhan subwilayah.

“Kejayaan ini mengingatkan kita bahawa kerjasama serantau memberikan nilai paling besar, apabila ia mampu meningkatkan kesejahteraan komuniti tempatan.

“Biarlah sidang kemuncak ini memperbaharu tekad kita untuk menterjemahkan visi kepada tindakan dan perancangan kepada impak berkekalan. Secara bersama-sama, marilah kita terus membina BIMP-EAGA yang lebih terhubung, berdaya tahan dan makmur demi generasi masa kini dan akan datang,” katanya.

Mengenai Wawasan BIMP-EAGA 2035, Marcos berkata ia bukan sekadar pelan hala tuju bagi integrasi ekonomi, tetapi satu janji untuk memastikan pembangunan yang bermakna, mampan dan dapat dirasai dalam kehidupan harian rakyat di rantau itu.

Filipina mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Malaysia pada 1 Jan 2026.

Bertemakan Navigating Our Future, Together, republik itu sepanjang tempoh kepengerusiannya berusaha memacu keutamaan ASEAN menerusi tiga teras utama iaitu Tonggak Keamanan dan Keselamatan, Koridor Kemakmuran serta Pemerkasaan Rakyat. – 7 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related