HEADLINES

Proses penyerahan Pelabuhan Bintulu pada peringkat dokumentasi akhir: Loke

Menteri Pengangkutan berkata satu mesyuarat terakhir bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan diadakan dalam masa terdekat bagi memuktamadkan perkara berkenaan

4:54 PM MYT

 

KOTA SAMARAHAN – Proses penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak dijangka selesai dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas semua isu utama dimuktamadkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.  

Beliau berkata satu mesyuarat terakhir bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan diadakan dalam masa terdekat bagi memuktamadkan perkara berkenaan.

“Sekarang ini tengah dimuktamadkan perjanjian akhir, kerana isu perundangan dan isu harga telah selesai.

“Seperti saya umumkan sebelum ini, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sudah mencapai kata sepakat mengenai kos akhir bagi penyerahan itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Laluan Baharu Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Kuching, di sini hari ini. 

Loke berkata draf perjanjian akhir juga telah disiapkan dan kini menunggu pengesahan daripada Jemaah Menteri sebelum penyerahan rasmi dilaksanakan, selain menjelaskan proses itu mengambil masa memandangkan akta berkaitan pembubaran Lembaga Pelabuhan Bintulu telah diluluskan kira-kira dua tahun lepas.

Beliau berkata penguatkuasaan pembubaran lembaga itu serta penyerahan rasmi kepada kerajaan Sarawak masih tertakluk kepada pemeteraian perjanjian akhir berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak secara prinsipnya  bersetuju nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, yang diumumkan pada persidangan Dewan Rakyat Februari lepas. 

Sementara itu, Loke berkata Kementerian Ekonomi telah meluluskan projek menaik taraf bangunan Lapangan Terbang Miri melibatkan kos sebanyak RM445 juta di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Tahun 2026 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada bulan lepas. 

Beliau berkata projek menaik taraf bangunan itu dijangka bermula tahun ini selepas kelulusan kos dibuat berdasarkan semakan Sesi Pemurnian Makmal Kajian Nilai (Value Assessment), yang diadakan pada 17 Mac lepas.

“Pembesaran Lapangan Terbang Miri penting memandangkan ia lapangan terbang kedua tersibuk di Sarawak selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

“Selain menjadi lapangan terbang domestik utama, Lapangan Terbang Miri turut berperanan sebagai hab utama bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) untuk syarikat penerbangan AirBorneo,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan itu memainkan peranan penting dalam menghubungkan kawasan pedalaman di Sarawak dengan bandar utama, serta meningkatkan akses pengangkutan udara bagi penduduk luar bandar. – 9 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Related