◉ HEADLINES

Noor Hisam dilantik Pengarah JPJKK Bukit Aman baharu

Empat pegawai kanan PDRM, termasuk Ketua Polis Perak dan Setiausaha Polis Malaysia, terlibat dalam penugasan semula bagi memperkukuh barisan kepimpinan pasukan keselamatan itu

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaksikan rombakan strategik apabila Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.

Pelantikan Noor Hisam itu, yang bakal berkuat kuasa 15 Jun depan, merupakan sebahagian daripada siri pertukaran membabitkan empat pegawai kanan pasukan keselamatan tersebut.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Julina Salehuddin dalam satu kenyataan malam tadi mengesahkan bahawa jawatan yang ditinggalkan Noor Hisam akan diisi oleh Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.

“Pertukaran itu turut menyaksikan Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Komisioner Polis,” katanya.

Rombakan ini juga melibatkan pengisian jawatan penting di peringkat negeri dan setiausaha pasukan termasuk Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Abdul Rahman Kassim yang kini beralih tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang manakala Datuk Mohamad Noor Yusof Ali yang sebelum ini adalah Ketua JPJKK Pahang dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia baharu.

“Ketua JPJKK Pahang, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali dilantik Setiausaha Polis Malaysia dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis,” tambah Julina lagi.

Langkah ini dilihat sebagai usaha berterusan PDRM dalam memperkukuh struktur organisasi dan memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi keselamatan komuniti serta ketenteraman awam. – 13 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related