HEADLINES

Malaysia kesal Norway tidak lulus permit eksport peluru berpandu : Fahmi

Kontrak dimeterai sejak 2018 dan telah dilaksanakan tanpa sebarang isu dengan semua pembayaran dibuat mengikut jadual

5:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Norway yang tidak meluluskan permit eksport bagi perolehan peluru berpandu dari negara tersebut pada saat akhir.

Jurucakap Kerajaan Madani yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia mengakibatkan syarikat dari Norway yang terlibat tidak dapat meneruskan pembekalan seperti dipersetujui.

Kontrak berkenaan, katanya, dimeterai sejak 2018 dan dilaksanakan tanpa sebarang isu dengan semua pembayaran dibuat mengikut jadual, lapor Bernama.

“Kerajaan Malaysia sama sekali tidak dapat menerima alasan yang dikemukakan oleh kerajaan Norway,” katanya pada sidang media mingguan yang diadakan di Angkasapuri, di sini, hari ini.

Pada Selasa, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan akan bertemu rakan sejawatnya dari Norway di Singapura akhir bulan ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan mengejut kerajaan negara itu menyekat lesen eksport peluru berpandu antikapal (NSM) kepada Malaysia.

Mohamed Khaled berkata, pertemuan itu juga akan digunakan untuk menyatakan kekesalan dan rasa terperanjat kerajaan Malaysia terhadap tindakan Norway yang membatalkan penghantaran aset berkenaan, hanya beberapa hari sebelum tarikh yang dijadualkan pada Mac lalu.

“Ia sangat malang apabila kita telah menandatangani kontrak pembelian peluru berpandu daripada Norway sejak 2018. Sepatutnya bulan Mac lalu peluru berpandu itu dihantar bagi melengkapkan kapal tempur pesisir (LCS) kita serta KD Lekiu dan KD Jebat.

“Tetapi beberapa hari sebelum tarikh penghantaran, tanpa ada ‘ribut dan taufan’, kerajaan Norway beritahu mereka tidak akan memberikan lesen memasarkan produk itu setelah lapan tahun kita beli. Tentulah ia memeranjatkan kita, tentulah ia menjejaskan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan melalui saluran diplomatik selain mempertimbangkan langkah susulan dari sudut perundangan kerana perkara berkaitan perancangan pertahanan negara melibatkan kepentingan strategik yang tidak boleh dikompromi. – 13 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related