◉ HEADLINES

Polis masih siasat Jho Low meskipun dilapor mohon pengampunan daripada Trump

Mohd Khalid Ismail berkata PDRM turut menjalinkan hubungan baik dengan negara berkaitan dalam usaha meneruskan siasatan kes berkenaan

7:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low meskipun terdapat laporan beliau sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM turut menjalinkan hubungan baik dengan negara berkaitan dalam usaha meneruskan siasatan kes berkenaan.

“Isu ini masih lagi dalam peringkat siasatan yang berterusan… saya melihat perkara begini agak sensitif untuk dibincangkan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Dialog Khas PDRM kali kelima 2026 di sini hari ini.

Jho Low, yang merupakan individu paling dikehendaki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dilaporkan kini memohon pengampunan daripada Presiden Donald Trump dengan permohonan berkenaan difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat terhadapnya, lapor media antarabangsa hari ini.

Laman web Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan satu permohonan yang masih menunggu keputusan bagi “Pardon after Completion of Sentence” atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

Seperti semua permohonan lain, peluang Low untuk mendapatkan pengampunan akhirnya bergantung kepada Trump dan sekumpulan penasihat undang-undangnya.

Jho Low, yang didakwa mendalangi kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM20.7 bilion) daripada Malaysia melalui kes 1MDB itu hilang pada 2016 ketika pihak berkuasa dari Singapura hingga ke Australia dan AS menyiasat kes penipuan besar-besaran tersebut. – 13 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

◉ Related