HEADLINES

Johor mungkin berlainan namun di Pusat dukungan tetap Kerajaan Perpaduan : Ahmad Maslan

Ahmad Maslan berkata ia juga kehendak pimpinan akar umbi di bahagian-bahagian ketika beliau turun padang di banyak kawasan di Johor dalam tempoh empat bulan

8:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menunjukkan keunikan demokrasi di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, meskipun kaedah berlainan di negeri namun di peringkat Kerajaan Pusat, dukungan masih diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Johor adalah kubu kuat Umno dan BN untuk sekian lama dan ini hakikat yang diakui dengan kemenangan 40 daripada 56 kerusi DUN pada PRN Mac 2022.

“Sejarah tercatat bahawa Umno lahir di Istana Johor, pada 11 Mei 1946, iaitu 80 tahun yang lalu.

“Selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, saya menyokong keputusan pucuk pimpinan Umno BN untuk bertanding 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang ini,’’ katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada Sabtu, Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz mengumumkan BN Johor akan bertanding solo di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.

Keputusan itu, kata Onn dibuat selepas mengambil maklum pandangan, suara serta harapan rakyat Johor selain kepimpinan akar umno Umno-BN Johor berhubung hala tuju parti menjelang PRN.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, ia juga kehendak pimpinan akar umbi di bahagian-bahagian ketika beliau turun padang di banyak kawasan di Johor dalam tempoh empat bulan.

“Saya berpesan secara serius agar semua jentera 5 peringkat parti Umno dan jentera BN haruslah mendampingi rakyat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum minoriti lain.

“Kita adalah Bangsa Johor dan kepelbagaian itu suatu kekuatan yang kita raikan, yang kita bersama bangunkan dan itulah juga teras perjuangan BN selama ini,’’ katanya. – 17 Mei, 2026

.

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related