◉ HEADLINES

Bina projek perumahan berdensiti tinggi tapi rakyat terperangkap dalam ‘penjara trafik’ : Teresa Kok

2:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Teresa Kok mempersoalkan kenapa projek perumahan berdensiti tinggi seperti Bandar Madani di Bukit Jalil yang melibatkan 17,000 unit kediaman diluluskan tanpa libat urus dengan pihak berkaitan.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, tiada sebarang libat urus bersamanya dan persatuan penduduk tempatan diadakan sedangkan indeks Tahap Perkhidmatan Jalan Raya (LOS) di Bukit Jalil kini berada pada Gred E dan F.

Gred berkenaan, katanya bermaksud tahap kegagalan sistem trafik yang kritikal di mana aliran kenderaan sudah melebihi kapasiti maksimum jalan raya.

Justeru beliau merayu supaya kerajaan tidak membenarkan pembinaan projek berdensiti tinggi tanpa pelan integrasi pengangkutan.

“Saya ingin merayu kepada kerajaan, janganlah kita membina tetapi membiarkan rakyat terperangkap dalam ‘penjara trafik’ akibat ketiadaan pelan integrasi pengangkutan seperti MRT baharu atau projek pembesaran jalan,’’ katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan di Johor hari ini.

Teresa turut menyentuh mengenai syor-syor yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen (PAC) pada 16 Ogos lalu mengenai isu pemberimilikan tanah di Kuala Lumpur.

Jelasnya, antara cadangan utama yang digariskan termasuk meminda Akta Ibu Kota 1960 dan Akta Perancangan 1982 bagi memperkenalkan sistem Ahli Majlis lantikan DBKL demi ketelusan pentadbiran dan menubuhkan Jawatankuasa Tetap Pemantauan Pemberimilikan Tanah di Wilayah Persekutuan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen.

Selain itu, mengembalikan kepengerusian Jawatankuasa Kerja Tanah WPKL kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan memastikan penjualan tanah kerajaan dilakukan secara telus melalui sistem tender terbuka.

“Malangnya, sehingga ke hari ini, syor-syor penting PAC tersebut masih belum dilaksanakan.

“Syor-syor PAC ini disokong padu oleh lebih 100 persatuan penduduk di Kuala Lumpur dan saya menyeru Kabinet Kerajaan Madani agar segera melaksanakan syor PAC ini sebelum PRU akan datang, demi memastikan Pakatan Harapan mampu menyapu bersih semua kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan,’’ katanya. – 17 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

State of the Nation: Petronas–Petros affair goes to the apex court – Zainul Arifin

Petronas’ move to seek clarity from the Federal Court over its dispute with Sarawak’s Petros is more than a corporate legal battle — it is a defining test of federal–state relations, constitutional supremacy, and the future structure of Malaysia’s oil and gas industry

Malaysia named permanent home of APP Asia HQ as Penang Open launches regional pickleball tour

Leapmotor APP Penang Open 2026 will kick off the inaugural APP Asia Tour in Penang, reinforcing Malaysia's role as a regional pickleball hub with the establishment of the APP's permanent Asia Headquarters

Elderly gunman held over triple killing in Kota Tinggi; personal debt emerges as possible motive

Police arrest 71-year-old licensed firearm holder near scene, rule out links to gang activity or terrorism for now

◉ Related