◉ HEADLINES

‘Misi kamikaze’ Rafizi khianati mandat rakyat: Keadilan Sarawak

Pengundi Pandan dihina, demokrasi dipermainkan, kata MPN Sarawak

4:10 PM MYT

 

KUCHING — Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak mengecam keras tindakan Rafizi Ramli yang didakwa sengaja mengosongkan kerusi Parlimen Pandan demi agenda politik peribadi, sambil melabel langkah itu sebagai “misi kamikaze” yang mengkhianati mandat rakyat.

Dalam kenyataan rasmi, MPN Sarawak menegaskan mandat rakyat bukanlah eksperimen murahan yang boleh dibuang sesuka hati apabila cita-cita peribadi tidak tercapai.

“Pengundi turun mengundi atas dasar kepercayaan untuk beliau berkhidmat penuh satu penggal. Tindakan melarikan diri di tengah jalan adalah penghinaan besar serta pelacuran kepada institusi demokrasi negara,” tegas Setiausaha MPN Sarawak, Mahmud Epah.

MPN Sarawak menambah, drama politik Rafizi tidak akan menggugat kesetiaan jentera Keadilan di negeri itu yang kekal teguh di bawah pimpinan Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.

“Fokus utama kami tetap mempertahankan hak-hak wilayah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta membela kebajikan rakyat, bukannya melayan drama kegagalan individu yang gilakan kuasa,” katanya. – 18 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related