HEADLINES

PKR Johor bidas bekas pimpinan tinggalkan parti ‘buat tuduhan melulu’

Kematangan politik menuntut sebarang rasa tidak puas hati diurus melalui saluran yang betul, bukannya menggunakan media untuk melemparkan persepsi yang boleh mengelirukan ahli dan rakyat

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PKR Johor membidas beberapa bekas pimpinan dan anggota parti berkenaan yang meninggalkan PKR namun membuat tuduhan melulu, naratif yang mengelirukan atau kenyataan yang lebih bersifat emosi daripada fakta.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, sebagai sebuah parti yang melalui proses demokrasi terbuka, sudah tentu akan wujud perbezaan pandangan, persaingan dan juga kekecewaan.

Namun, katanya, kematangan politik menuntut agar sebarang rasa tidak puas hati diurus melalui saluran yang betul, bukannya dengan memilih pentas media untuk melemparkan persepsi yang boleh mengelirukan anggota dan rakyat.

“Adalah tidak adil untuk menggambarkan seolah-olah keseluruhan parti berada dalam keadaan rapuh hanya kerana segelintir individu memilih untuk membawa haluan berbeza.

“Hakikatnya, Keadilan Johor terus bergerak dengan struktur kepimpinan yang kukuh, jentera yang aktif dan anggota akar umbi yang kekal setia kepada perjuangan reformasi.

“Dakwaan kononnya ribuan anggota akan keluar bersama juga tidak harus dijadikan alat propaganda politik semata mata,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Zaliha berkata, PKR tidak berpolitik dengan angka yang dicanang untuk mencipta persepsi, sebaliknya berpegang kepada fakta, kerja lapangan dan kekuatan sebenar di akar umbi.

Malah, katanya, jika ada rasa kecewa atau perbezaan prinsip, itu adalah perkara biasa dalam politik namun rakyat juga cukup matang untuk menilai sama ada sesuatu keputusan benar benar berasaskan prinsip perjuangan atau sekadar reaksi terhadap kekecewaan peribadi selepas proses demokrasi parti.

“PKR Johor tidak akan terheret dalam politik dendam atau polemik yang tidak membina dan fokus kami kekal jelas iaitu memperkukuh organisasi, merapatkan saf perjuangan dan memastikan parti berada dalam kesiapsiagaan penuh menghadapi cabaran politik akan datang.

“Perjuangan ini tidak pernah dibina atas kekuatan individu tertentu, jauh sekali bergantung kepada mereka yang datang dan pergi mengikut musim politik,’’ ujarnya.

Beliau memberitahu, PKR telah melalui cabaran yang jauh lebih besar, dan akan terus berdiri kerana kekuatannya terletak ada prinsip, bukan personaliti.

“Kepada seluruh anggota PKR Johor, kekalkan ketenangan, teruskan kerja, dan jangan terperangkap dalam permainan persepsi kerana masa depan perjuangan ini ditentukan oleh mereka yang kekal bekerja, bukan mereka yang memilih untuk meninggalkan medan,’’ katanya. – 24 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related