HEADLINES

Tren tergelincir di Chan Sow Lin, Rapid Rail sahkan gambar tular

Gangguan teknikal pada suis landasan jejaskan jadual perjalanan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling; kerja pemulihan kini sedang giat dijalankan

10:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan mengalami kelewatan pagi ini selepas sebuah tren tergelincir akibat gangguan teknikal pada landasan di Stesen Chan Sow Lin.

Syarikat pengendali, Rapid Rail dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu berlaku ketika tren berkenaan sedang melalui kawasan suis landasan.

Insiden tersebut membabitkan 25 penumpang, bagaimanapun kesemuanya telah dipindahkan dengan selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Ini telah menyebabkan tren tersebut tidak dapat bergerak dan punca jadual perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling pada pagi ini terjejas,” kata kenyataan itu.

Menurut Rapid Rail, pasukan teknikal mereka kini berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut serta kerja-kerja pemulihan landasan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan turut mengesahkan bahawa beberapa keping gambar berkaitan insiden berkenaan yang tular di media sosial sejak pagi tadi adalah sahih. – 28 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related