HEADLINES

‘Kalau ia tanduk orang sampai mati, siapa hendak jawab’, MB Perlis pertahan tindakan tembak lembu

Sebelum ini tular di media sosial yang memaparkan Menteri Besar Perlis itu didakwa menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah

3:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menegaskan tindakannya menembak seekor lembu yang sedang mengamuk pada program korban perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, semalam, dilakukan demi keselamatan orang ramai.

Sambil mempertahankan tindakannya itu, beliau memberitahu dakwaan di media sosial yang menggambarkan seolah-olah lembu korban disembelih menggunakan kaedah tembakan adalah tidak benar.

Sebelum ini tular di media sosial yang memaparkan Menteri Besar Perlis itu didakwa menambak seekor lembu korban menggunakan senapang patah.

“Hanya seekor lembu ditembak selepas haiwan itu terlepas daripada ikatan dan mengamuk, manakala 24 ekor lagi disembelih mengikut prosedur biasa.

“Saya bukan tembak suka-suka. Lembu itu mengamuk. Kalau dibiarkan dan ia tanduk orang sampai mati, siapa hendak jawab?

“Bila ia terlepas, kita tidak boleh buat apa lagi. Jadi saya ambil senapang dan tembak pada kaki dan selepas jatuh barulah kita sembelih,’’ katanya lapor FMT.

Dalam pada itu, media melaporkan polis belum menerima laporan rasmi berhubung perkara itu namun siasatan awal mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

Menurut Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis peluru dan senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Polis juga telah mengambil maklum mengenai rakaman berkenaan yang tular di media sosial sejak semalam.

“Insiden (video tular) terbabit sudah berada dalam pengetahuan pihak polis. Setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima, namun siasatan awal sedang dilakukan,” katanya.

Yusharifuddin memberitahu, pihaknya akan memanggil Menteri Besar dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut insiden berkenaan. – 29 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

[UPDATED] LRT derailment: Loke says Ampang and Sri Petaling line to reopen June 3

Transport minister confirms track repairs will begin once derailed train is removed from Chan Sow Lin station

Related