◉ HEADLINES

300 individu ditahan termasuk 12 pemimpin ajaran sesat di Likas

Operasi bersama JHEAINS dan PDRM di Likas menumpaskan penganjuran Jalsa Salana ke-32 yang dikaitkan dengan Jemaah Ahmadiyah Qadiani — difatwakan sesat dan diwartakan sejak 2007 — dengan penahanan pemimpin serta rampasan bahan bacaan ajaran menyeleweng

11:25 AM MYT

 

KOTA KINABALU — Seramai 300 individu termasuk 12 pemimpin dan penganjur utama kumpulan ajaran sesat ditahan dalam operasi besar-besaran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Likas, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata operasi itu digerakkan susulan aduan awam berhubung penganjuran Program Jalsa Salana Wilayah Sabah ke-32 yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei.

Hasil semakan mendapati program tersebut dikaitkan dengan Jemaah Ahmadiyah Qadiani yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah serta diwartakan pada 2007.

“Program itu turut dihadiri kepimpinan tertinggi Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) dan ahli-ahli dari beberapa daerah di Sabah. Turut dirampas 24 helai banting memaparkan pengasas dan pemimpin tertinggi kumpulan itu serta kira-kira 200 buku dan bahan bacaan berkaitan ajaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 52(1), Seksyen 52A dan Seksyen 102 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995. Semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk dokumentasi dan siasatan lanjut oleh JHEAINS sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Syed Lot turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mendapatkan panduan agama daripada sumber sahih dan diiktiraf serta merujuk pihak berkuasa agama sekiranya timbul keraguan terhadap ajaran atau fahaman yang disebarkan.

“Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan,” katanya .

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam. – 1 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related