◉ HEADLINES

‘Tidak layak digelar warganegara’ individu enggan hayati prinsip Rukun Negara, seru ahli politik jaga tutur kata: Agong

Dalam titah lantang di Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa sesiapa yang menolak prinsip Rukun Negara “tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia” — ikrar perpaduan sejak 1970 yang wajib dihayati sebagai garis panduan hidup rakyat

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan tegas mengingatkan bahawa mana-mana individu yang enggan menghayati prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar sebagai rakyat Malaysia.

Seri Paduka bertitah, Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 adalah ikrar setiap warga Malaysia untuk membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak, agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Sultan Ibrahim.

Titah penuh berwibawa itu disampaikan pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Baginda turut menitahkan agar semua pemimpin politik menjaga adab dan tutur kata, berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta mengelak provokasi terhadap isu sensitif menjelang pilihan raya.

“Elakkan provokasi dan pertikaian tentang isu sensitif yang berkaitan dengan raja, bangsa dan agama, kerana ia boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” titah Seri Paduka.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota Jemaah Menteri termasuk Datuk Fahmi Fadzil, serta perwakilan asing.

Seri Paduka menekankan bahawa rakyat harus bersatu hati, bertolak ansur dan saling hormat menghormati, berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara. Perpaduan, titah Baginda, adalah asas kekuatan negara yang menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara.

“Peristiwa ini (13 Mei) telah meruntuhkan perpaduan rakyat dan menghancurkan kestabilan negara. Jangan sampai pisang berbuah dua kali,” titah Sultan Ibrahim.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 itu merupakan kali ketiga disempurnakan Sultan Ibrahim sejak ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 20 Julai 2024. Secara keseluruhan, 161 individu menerima anugerah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini. – 1 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related