HEADLINES

ONSA 2025 bermula hari ini: Tempoh sebulan buat pengguna bawah 16 tahun sebelum tindakan diambil

MCMC beri tempoh sebulan kepada pengguna bawah 16 tahun untuk memindahkan data sebelum akaun disekat, dengan pengesahan umur mandatori dilaksanakan sehingga enam bulan di bawah ONSA 2025

3:21 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Langkah penguatkuasaan pengesahan umur bawah 16 tahun di media sosial mula berkuat kuasa hari ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan semua pengguna bawah umur yang dikenal pasti akan diberikan tempoh sebulan untuk memuat turun atau memindahkan data mereka termasuk foto dan video sebelum sebarang tindakan sekatan atau penggantungan dikenakan oleh platform.

“Pengguna sedia ada yang dikenal pasti berumur di bawah 16 tahun akan diberikan satu bulan untuk memuat turun atau memindahkan data mereka, termasuk gambar dan video, sebelum sebarang sekatan, penggantungan atau tindakan lain dikenakan oleh penyedia perkhidmatan media sosial yang berkaitan,” kata MCMC dalam kenyataan.

Bagi pengguna sedia ada, proses pengesahan umur akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga enam bulan oleh penyedia perkhidmatan media sosial berlesen termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Keperluan pengesahan umur kini mandatori di bawah Child Protection Code (CPC) dan Risk Mitigation Code (RMC), yang mewajibkan platform memastikan hanya pengguna berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan mengakses ciri perkhidmatan.

MCMC menjelaskan CPC menuntut langkah “child safety by design” serta perlindungan mesra kanak-kanak dalam ekosistem digital negara, manakala RMC pula mewajibkan penilaian risiko, moderasi kandungan, kawalan keselamatan pengguna dan akauntabiliti platform.

“Pengesahan umur hendaklah dibuat berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia atau rekod setara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kompeten luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

MCMC memandang serius sebarang ketidakpatuhan terhadap keperluan ini dan akan mengambil tindakan kawal selia serta penguatkuasaan yang sewajarnya selaras dengan undang-undang.

Suruhanjaya itu akan terus bekerjasama rapat dengan pihak industri dan komuniti bagi membina persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Maklumat lanjut mengenai CPC dan RMC, sila rujuk Soalan-soalan Lazim menerusi https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions atau https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16. – 1 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

Related