HEADLINES

PAS tentukan status hubungan dengan Bersatu esok

Majlis Syura baru-baru ini memberi mandat kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk bertindak susulan krisis dalaman Bersatu

4:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS akan membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Bersatu esok, kata presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Esok, Insya-Allah.

“Kita mesyuarat malam (di Kuala Lumpur),’ katanya ringkas ketika ditanya mengenai spekulasi tentang hubungan Bersatu dan PAS yang hangat diperkatakan ketika ini.

Beliau ditemui media selepas melancarkan Buku Perang Iran-Israel karyanya sempena Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Baru-baru ini, Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS memberi mandat kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk bertindak susulan krisis dalaman Bersatu.

Majlis Syura melahirkan kebimbangan serius terhadap krisis dan konflik dalaman parti itu yang dilihat memberi kesan kepada kekuatan, kestabilan, serta keyakinan rakyat terhadap hala tuju Perikatan Nasional (PN).

Pada Mei, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu susulan beberapa tindakan parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dilihat melanggar semangat setia kawan dalam PN.

Salah satu tindakan berkenaan ialah keputusan Bersatu memecat beberapa Exco Kerajaan Kedah serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

Hadi berkata, pertukaran atau pemecatan mana-mana ahli tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu berasaskan kepada alasan kukuh yang menjejaskan prestasi sesebuah parti. – 7 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

[WATCH] Bersatu to ‘immediately resolve’ crisis amid claims of lies and external plots: Tun Faisal

Party leadership insists on immediate action to mend rifts and refocus on national priorities, dismissing accusations of a divided camp

Russian toddler dies after jellyfish sting at Langkawi’s Chenang Beach

The two-year-old boy succumbed to severe injuries caused by a box jellyfish sting, despite four days of medical treatment at Hospital Sultanah Bahiyah

Teen suspect in school stabbing influenced by violent online content, not gaming: cops

Investigations reveal the 14-year-old was shaped by disturbing online videos, not peer pressure or video games, as authorities delve into his psychological state

Related