HEADLINES

PAS, Bersatu tak lagi boleh duduk bawah payung sama: Fahdli

Penolakan Bersatu terhadap kemasukan parti-parti kecil Islam dianggap merosakkan gagasan besar penyatuan

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu menandakan retaknya Perikatan Nasional (PN) dari dalam.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menyifatkan langkah itu sebagai “ubat pahit” yang perlu ditelan demi maslahah lebih besar.

“Sudah tentu PAS dan Bersatu tidak boleh terus berada di bawah payung yang sama berikutan keputusan yang dibuat semalam,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Malam sebelumnya, Presiden PAS Hadi Awang mengumumkan ketetapan itu selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, memperakukan keputusan Majlis Syura Ulama pada 2 Jun berhubung dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik.

Fadhli menegaskan, keputusan itu bukan berasaskan sentimen atau kepentingan jangka pendek, tetapi penilaian terhadap kemampuan kerjasama mencapai matlamat lebih besar — penyatuan ummah dan kestabilan politik negara.

“Apabila Bersatu menentang kemasukan parti seperti Berjasa, Pejuang, Iman dan Putra walaupun kertas cadangan sudah disiapkan, tindakan tersebut jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini,” katanya.

Beliau turut menyentuh sikap Bersatu terhadap krisis di Perlis dan Negeri Sembilan, yang menurutnya menjejaskan moral jentera PAS untuk terus bekerja bersama menjelang pilihan raya.

Kini, PAS mengemudi PN apabila Naib Presiden, Ahmad Samsuri Mokhtar, dilantik sebagai pengerusi gabungan pada 22 Februari lalu, menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas kemelut politik di Perlis. – 9 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related