HEADLINES

Urusan pentadbiran kerajaan sementara negeri Johor berjalan seperti biasa: Sultan Ibrahim

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan 1 Jun lepas, segala urusan harian pentadbiran tetap berjalan seperti biasa dan memerlukan perhatian yang rapi

11:03 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor akan terus beroperasi pada tahap minimum sebagai kerajaan sementara bagi memastikan pengurusan harian negeri berjalan lancar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan 1 Jun lepas, segala urusan harian pentadbiran tetap berjalan seperti biasa dan memerlukan perhatian yang rapi.

Sehubungan itu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam.

Sesi menghadap yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi itu bertujuan untuk mempersembahkan makluman terkini mengenai urusan kerajaan negeri.

Menurut hantaran itu, pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada rutin berkala antara Seri Paduka Baginda dan Menteri Besar, yang tetap diteruskan dalam pengurusan kerajaan sementara selepas pembubaran DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan Mesyuarat Khas esok bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRN Johor dan Negeri Sembilan. – 11 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related