HEADLINES

Selangor tawar moratorium 3 bulan kepada penyewa, peminjam perumahan kerajaan negeri: MB

Amirudin berkata, kerajaan negeri memahami keadaan yang kemungkinan dihadapi oleh para penyewa sekiranya kos sara hidup meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor menawarkan moratorium kepada penyewa dan peminjam perumahan kerajaan negeri untuk tempoh tiga bulan, bermula Oktober hingga Disember ini, bagi menghadapi kos sara hidup yang berkemungkinan meningkat dalam tempoh beberapa bulan ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, melalui Program Smart di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa dua, seramai 1,012 warga Selangor yang menyewa unit-unit rumah di Selangor ditawarkan moratorium berkenaan yang akan diselaraskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengikut permohonan daripada penyewa.

“Kadar sewa adalah antara RM450 sehingga RM1,300 sebulan.Kerajaan Negeri berusaha memastikan supaya kadar sewa ini kekal dan tidak meningkat, terutama pada ketika ini.

“Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri memahami keadaan yang kemungkinan dihadapi oleh para penyewa sekiranya kos sara hidup meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang. ,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Manakala bagi membantu penjawat awam yang sedang menjelaskan bayaran hutang pinjaman rumah di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri, Amirudin berkata seramai 2,333 orang akan ditawarkan peluang moratorium bayaran semula pinjaman rumah untuk tempoh sama.

“Bagi membantu penjawat awam yang sedang menjelaskan bayaran hutang pinjaman rumah di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri, pentadbiran ini turut menawarkan peluang moratorium bayaran semula pinjaman rumah untuk tempoh tiga bulan, mengikut permohonan,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa dua, merangkumi 15 inisiatif melibatkan peruntukan sebanyak RM209.26 juta sebagai langkah strategik mendepani krisis tenaga global susulan situasi di Asia Barat.

Menurut, inisiatif itu bukan hanya melibatkan bantuan berbentuk tunai malah turut melibatkan langkah-langkah pemerkasaan ekonomi secara holistik, agar hasil diperoleh negeri dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan masyarakat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa dua, merangkumi 15 inisiatif melibatkan peruntukan sebanyak RM209.26 juta sebagai langkah strategik mendepani krisis tenaga global susulan situasi di Asia Barat. – Gambar Bernama, 19 Jun, 2026

Pakej berkenaan, katanya, dirangka selepas kerajaan negeri meneliti kesan krisis tersebut terhadap beberapa sektor utama ekonomi negeri khususnya logistik, pembuatan dan pembinaan.

“Data Perkeso daripada 10,869 warga Selangor yang kehilangan mata pencarian sejak Januari sehingga Mei lalu, sebanyak 23.45% atau 2,549 pekerja dalam industri peruncitan, manakala 21.3% atau 2,316 orang yang hilang pekerjaan adalah dalam sektor pembuatan.

“Jika kita teliti lebih mendalam, daripada angka 10,869 yang saya sebut tadi, sebanyak 40% adalah pekerja di peringkat pengurusan dan profesional, sementara selebihnya adalah pekerja peringkat juruteknik, jurujual atau pengendali jentera.

“Keadaan ini mendorong Kerajaan Negeri untuk melindungi sektor peruncitan dan menawarkan pilihan peralihan kepada pekerja yang telah kehilangans mata pencarian untuk menceburi bidang keusahawanan serta peluang untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran,’’ katanya.

Inisiatif lain yang diumumkan ialah Pengurangan Kadar Sewa Premis Pihak Berkuasa Tempatan, melibatkan peruntukan sebanyak RM4.5 juta; Projek Selangor Penyayang (RM14 juta), Selangor Advance (SA500) (RM100 juta), Pembiayaan Dana Pantas Usahawan (RM20 juta), Inisiatif Pemulihan Usahawan Selangor dan Transisi Kerjaya PLATS (RM4 juta).

Selain itu, katanya ialah Program Kerjaya Selangor (RM1.5 juta), Bantuan Agropreneur Selangor (RM6 juta), Moratorium Smart Sewa Selangor (RM2.22 juta), Moratorium Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri (RM2.54 juta), Pembiayaan Daya Tahan Usahawan Tani Selangor (RM7 juta), Biasiswa Selangor (RM17 juta), Teraju IKTISASS (RM20 juta), Mama Kerja (RM5 juta) dan Rebat Cukai Taksiran 100 peratus (RM5.5 juta).

“Secara keseluruhannya, sebanyak RM209.26 juta diperuntukkan bagi Fasa 2, manakala program-program di dalam Fasa satu yang sedang berjalan menelan belanja sebanyak RM145.8 juta,’’ katanya.

Beliau turut mengingatkan, strategi dan kaedah yang dilaksanakan di negeri itu adalah berlandaskan prinsip kebertanggungjawaban kepada rakyat dalam waktu krisis, dan berbeza dengan prinsip yang diamalkan di kawasan lain yang lebih bersifatkan kepentingan peribadi segelintir pihak atas percubaan memesong realiti dan fakta sebenar.

“Perbezaan ini haruslah menjadi garis ukur oleh rakyat nanti apabila tiba detiknya untuk dibuat penilaiannya.

“Sungguhpun begitu, jangan pula kita alpa tentang komitmen Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar brahim yang telah membuktikan tekad untuk mengemudi negara dengan lebih baik, menjamin kestabilan politik, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, dan mengangkat martabat Malaysia sebagai negara hebat di rantau Asia,’’ katanya. – 19 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related