HEADLINES

SPAN siasat kematian pekerja di Kolam Menara Saujana 1

SPAN mengesahkan siasatan insiden maut di Kolam Saujana 1, Kuala Selangor, selepas seorang pekerja penyelenggaraan dilaporkan lemas ketika kerja pencucian. Tindakan terhadap ketidakpatuhan prosedur akan diambil, dengan laporan penuh dijangka dikeluarkan oleh JKKP

8:50 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden maut melibatkan pekerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana 1, Kuala Selangor pada 16 Jun lalu.

SPAN dalam kenyataan menegaskan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak — sama ada operator Air Selangor atau kontraktor berlesen — sekiranya terbukti berlaku ketidakpatuhan prosedur atau pelanggaran di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Berdasarkan maklumat awal, terdapat kemungkinan ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan kerja di ruang terkurung, termasuk kemasukan pekerja tanpa kebenaran sebelum pengesahan keselamatan diberikan,” kata SPAN.

SPAN menerima makluman insiden pada 17 Jun dan mengadakan lawatan tapak sehari kemudian. Kerja pencucian kolam ketika itu dilaksanakan vendor Myda Risk & Safety Sdn Bhd.

Menurut kenyataan, paras air berada pada tahap pinggang ketika kejadian. Dua pekerja dilaporkan mengalami kesulitan berhampiran kawasan scour point berdiameter 200 mm. Seorang berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi tersangkut dan meninggal dunia selepas usaha CPR gagal. Bedah siasat di Hospital UiTM mengesahkan punca awal kematian sebagai lemas.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan Notis Larangan pada 17 Jun dan kini menjalankan siasatan terperinci. Laporan penuh akan dikeluarkan selepas siasatan rasmi selesai.

SPAN menegaskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kekal sebagai keutamaan, dengan langkah penambahbaikan termasuk kawalan kerja di ruang terkurung, pengawasan kontraktor serta pengurusan risiko tapak kerja akan diperketatkan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar latihan industri Universiti Putra Malaysia (UPM) turut maut akibat lemas ketika kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana. – 23 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related