◉ HEADLINES

PN lulus kemasukan Pejuang, PCM sebagai anggota baharu

Pengerusi PN Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini malam tadi

9:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk meluluskan permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai anggota baharu gabungan itu.

Pengerusi PN Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini malam tadi.

Pada masa sama, Ahmad Samsuri berkata PN akan memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat.

“Satu mesyuarat mengenai perkara itu akan diadakan esok, yang bakal dipengerusikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengarah Pilihan Raya PN.

“Insya-Allah akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Sebelum ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala 7 Julai untuk hari pengundian awal dan 11 Julai ialah hari pengundian. – 23 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Unofficial tally: GRS dominates Sabah election as BN and Warisan make gains, DAP defeated

Early results show GRS leading with a strong foothold, while BN and Warisan see notable victories. DAP fails to retain any seats in a dramatic shift

Power outage hits parts of KL and PJ, TNB working to restore supply

Tenaga Nasional urges caution as malls and residential areas affected

◉ Related