HEADLINES

Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia $15 bermula 1 Jan

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan pelarasan Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVP) bertujuan untuk merapatkan jurang kos antara teksi berdaftar Malaysia dan teksi berdaftar Singapura yang beroperasi di Singapura

3:37 PM MYT

 

SINGAPURA – Singapura akan menaikkan bayaran untuk teksi berdaftar Malaysia yang memasuki republik itu kepada S$15 (S$1=RM3.18) setiap perjalanan mulai 1 Jan 2027, meningkat daripada S$2 sebulan sekarang.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan pelarasan Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVP) bertujuan untuk merapatkan jurang kos antara teksi berdaftar Malaysia dan teksi berdaftar Singapura yang beroperasi di Singapura.

“Hanya teksi berdaftar Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVL) yang sah dan PSVP ASEAN yang dikeluarkan oleh LTA dibenarkan mengendalikan perkhidmatan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

“Pengunjung dinasihatkan supaya menggunakan hanya teksi berlesen untuk perjalanan rentas sempadan kerana hanya teksi ini mempunyai perlindungan insurans yang sah,” menurut kenyataan itu.

LTA juga memberi amaran penumpang yang menggunakan kenderaan tidak berlesen yang tidak diinsuranskan dengan sewajarnya boleh berdepan masalah, mendedahkannya tanpa perlindungan yang mencukupi atau ruang untuk pampasan sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

“LTA akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan pengangkutan terus (point-to-point) haram untuk menjaga keselamatan penumpang dan mata pencarian pemandu berlesen,” katanya. – 25 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related