HEADLINES

PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan

8:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bermula hari ini di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pusat penamaan di seluruh negeri akan dibuka pada jam 9 pagi dan semua bakal calon mempunyai tempoh sehingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan.

Pegawai pengurus pilihan raya akan mengumumkan senarai calon yang layak bertanding selepas proses semakan selesai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi pada 11 Julai ini.

SPR memaklumkan sebanyak 593 borang pencalonan telah dijual dengan 133 bakal calon disahkan menjelaskan bayaran deposit bagi pengesahan penyertaan mereka.

Seramai 2,727,926 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan bakal menentukan siapa yang akan memerintah negeri Johor.

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Ia melibatkan agihan 20 calon PKR, seramai 19 calon parti Amanah dan DAP (17 kerusi).

Sementara bagi BN, 36 adalah calon Umno, MCA (16) dan MIC (empat).

Bagi Perikatan Nasional, PAS akan bertanding di 11 kerusi DUN, Bersatu (16), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) (lima) manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) satu kerusi.

PRN Johor ini juga menyaksikan penampilan sulung Parti Bersama Malaysia, yang akan bertanding di 15 kerusi.

Bagi Gerakan dan Parti Wawasan Negara yang baru diterima menyertai PN, kedua-dua parti memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Antara parti lain yang telah mengumumkan calon masing-masing ialah Muda, yang akan bertanding di empat kerusi, serta Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang hanya mempertaruhkan seorang calon di kerusi Skudai.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, pihaknya akan menggerakkan seramai 11,926 anggota yang akan diselaraskan mengikut keperluan operasi semasa.

Manakala 39 kawasan panas (hotspot) dikenal pasti sepanjang kempen diadakan, bermula hari ini sehingga tengah malam 10 Julai. – 27 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related