HEADLINES

Bersatu terima keputusan PAS tak nak bantu kempen: Muhyiddin

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari memaklumkan, jentera PAS diarahkan tidak membantu operasi kempen di DUN yang ditandingi oleh Bersatu namun akan tetap bertugas di kawasan yang ditandingi parti komponen Perikatan Nasional (PN) lain

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan PAS untuk tidak membantu kempen Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan menjejaskan kempen parti berkenaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, kata presiden Bersatu itu, parti tersebut akan meneruskan gerak kerja berlandaskan kekuatan sendiri dengan memberikan tumpuan kepada dasar dan perkhidmatan parti bagi meraih sokongan.

“Tak apalah, saya pun tak minta…siapa nak bantu, bantu. Walaupun dalam soal prinsip Perikatan Nasional (PN), patut ada isunya saling membantu.

“Tapi kalau rakan-rakan tak nak bantu, kita terimalah dan setakat ini pun kita bekerja keras atas kekuatan yang kita ada serta dasar dan amalan yang kita lakukan selama ini. Saya yakin pengundi akan tahu bagaimana mereka hendak membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, jentera PAS diarahkan tidak membantu operasi kempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh Bersatu.

Jentera PAS, bagaimanapun akan tetap bertugas di kawasan yang ditandingi parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Bersatu akan terus mengamalkan sikap terbuka dan bersedia membantu rakan-rakan gabungan sekiranya khidmat parti itu diperlukan sepanjang kempen di Johor.

Ditanya dakwaan bahawa PN tidak mempunyai hasrat membentuk kerajaan negeri kerana hanya bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN, Muhyiddin berkata jumlah itu sudah melepasi ambang minimum yang diperlukan untuk membentuk pentadbiran negeri. – 27 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

SPM Maths fail rate is a symptom, we must diagnose the real problem — Hamidi Mookkaiyah

The 22.4% failure rate demands more than concern — it calls for a full re-evaluation of how we teach, assess, and support students in Maths

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related