◉ HEADLINES

Jawatankuasa Kabinet pekerja asing bermesyuarat minggu depan: Fahmi

Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membincangkan isu tenaga kerja termasuk sektor F&B

10:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing, termasuk dalam sektor makanan dan minuman (F&B), dijangka bermesyuarat seawal minggu depan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jurucakap Kerajaan Madani yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memastikan isu berkaitan pekerja asing dapat diurus dan diselesaikan secara menyeluruh.

“Kabinet telah memutuskan bahawa mesyuarat jawatankuasa ini akan diadakan seawal minggu depan dan akan dipengerusikan oleh Ahmad Zahid bagi memastikan isu-isu ini dapat diurus dan diselesaikan.

“Jadi bagi sektor-sektor yang sedang membangkitkan isu ini, khususnya tenaga kerja asing, kita akan menunggu mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media mingguan di sini, pada Jumaat. katanya pada sidang media mingguan di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata kerajaan memahami bahawa beberapa sektor ketika ini berdepan cabaran keperluan tenaga kerja, khususnya yang bergantung kepada pekerja asing. — 27 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related