HEADLINES

Prasarana sasar jumlah perjalanan penumpang LRT3 cecah 67,000 sehari pada tahun pertama operasi

Dengan pembukaan Laluan Shah Alam, Prasarana kini mengendalikan 169 stesen rel transit merangkumi jumlah jajaran sepanjang 242.5 kilometer

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad menyasarkan jumlah perjalanan penumpang mencecah 67,000 sehari pada tahun pertama operasi dan meningkat kepada lebih 117,000 perjalanan sehari dalam tempoh lima tahun.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Nasir Ahmad berkata, sasaran itu mencerminkan keyakinan bahawa Laluan Shah Alam akan menjadi pilihan utama rakyat untuk perjalanan harian, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Pada masa sama, katanya, ia mempercepatkan masa perjalanan serta menyokong agenda negara ke arah mobiliti rendah karbon.

“Dengan pembukaan Laluan Shah Alam ini juga, Prasarana kini mengendalikan 169 stesen rel transit merangkumi jumlah jajaran sepanjang 242.5 kilometer.

“Di sebalik angka-angka yang saya sebutkan tadi, terserlah amanah yang amat besar yang dipikul oleh Prasarana untuk memastikan lebih 1.2 juta perjalanan penumpang setiap hari berlangsung dengan lancar, selamat dan tepat pada masanya,’’ katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh LRT Johan Setia, Klang, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Perdana Menteri menaiki tren LRT3 dari stesen Seri Andalas ke stesen Johan Setia yang mengambil masa perjalanan kira-kira 15 minit sebelum menyempurnakan majlis pelancarannya.

@scoopdotmy

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has officially launched the Light Rail Transit 3 (LRT3 Shah Alam Line), marking a major milestone for the completion and opening of the 37.8-kilometre rail corridor linking Bandar Utama to Johan Setia. The fully completed line is now ready to begin passenger operations following the launch ceremony held on Sunday, June 28. The Shah Alam Line comprises 20 stations, with the new line set to significantly improve connectivity across the Klang Valley and serve an estimated two million residents along its route. #LRT3 #ShahAlamLine #KlangValleyTransport #PublicTransportMalaysia #AnwarIbrahim

♬ original sound – Scoopdotmy

Projek LRT3 Laluan Shah Alam yang melibatkan pelaburan sebanyak RM16.63 bilion itu merupakan antara pelaburan strategik kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan awam negara.

Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, LRT3 atau Laluan Shah Alam merupakan pelaburan strategik negara yang akan mengubah landskap mobiliti di koridor barat Lembah Klang serta memperkukuh daya saing ekonomi negara untuk jangka panjang.

Jelasnya, pembukaan 20 stesen baharu di sepanjang Laluan Shah Alam sejauh 37.8 kilometer, yang menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia, bakal memperkukuh kesalinghubungan serta menghubungkan pusat-pusat pertumbuhan utama seperti Bandar Utama, Shah Alam dan Klang.

Beliau memberitahu, kejayaan merealisasikan Laluan Shah Alam ini adalah hasil kerjasama erat pelbagai pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan semua agensi terbabit.

“Kepada lebih 800 warga kerja Laluan Shah Alam yang bakal mengendalikan operasi laluan ini, saya berharap agar saudara dan saudari terus memberikan perkhidmatan yang profesional, selamat, cekap dan mesra pelanggan.

“Semoga segala usaha yang dilaksanakan hari ini akan menjadi legasi yang memberi manfaat kepada generasi masa kini dan generasi akan datang,’’ katanya. – 28 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related