HEADLINES

Zahid minta isu libatkan Puad Zarkashi dihentikan ‘letak titik noktah’

Zahid berkata ia bagi mengelakkan pertelingkahan berpanjangan yang boleh menjejaskan keharmonian parti

5:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya isu melibatkan kenyataan Datuk Mohd Puad Zarkashi bahawa Barisan Nasional (BN) mengetengahkan calon ‘kitar semula’ dihentikan.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi mengelakkan pertelingkahan berpanjangan yang boleh menjejaskan keharmonian parti

Beliau turut menyifatkan kenyataan Puad sebagai pandangan peribadi dan meminta semua pihak termasuk di dalam Umno sendiri supaya tidak membuat sebarang serangan balas jika ada isu-isu dibangkitkan.

“Sebagai sahabat saya mengharapkan beliau tidak membangkitkan sebarang isu yang akhirnya nanti ada pihak membalasnya, saya tidak mahu perkara-perkara yang aib dibangkitkan.

“Saya nasihatkan semua pihak, bukan beliau sahaja tetapi pihak di dalam Umno supaya tidak membuat sebarang serangan balas jika isu-isu itu terus dibangkitkan,” katanya.

“Saya tidak mahu perkara aib dibangkitkan dan kita sebagai orang Islam hendaklah menutup aib kita masing-masing,’’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN bagi DUN Parit Yaani dan Parit Raja di Dataran Tanjung Simpang, Johor, hari ini.

Pada Sabtu, Puad menerusi hantaran di Facebooknya berkata Umno membariskan ramai calon kitar semula, mediocre dan anti aspirasi anak muda yang sekali gus tidak menggambarkan perubahan.

Beliau berkata, Umno telah berusia 80 tahun dan sepatutnya parti itu dipimpin oleh generasi keempat seperti Datuk Onn Hafiz Ghazi namun malangnya ramai calon adalah calon kitar semula dari generasi ketiga.

Puad yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebelum itu mengumumkan keluar parti serta-merta, mendakwa Umno Johor kini menjadi ‘boneka’ yang dikawal oleh Istana.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan tindakan Puad meninggalkan parti sebenarnya berpunca daripada kekecewaan gagal mendapatkan pencalonan buat anaknya di DUN Rengit, dan bukannya akibat campur tangan Istana Johor.

Dalam pada itu, Zahid berkata Johor perlu kekal sebagai kubu kuat dan simpanan tetap politik bagi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan sebarang cubaan menyekat kempen parti itu tidak akan menggoyahkan kesetiaan pengundi di Johor yang disifatkannya sudah sebati dengan perjuangan BN. – 28 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related