HEADLINES

PRN Johor: Tiga kertas siasatan dibuka libat khianat api, hasutan

Polis Johor memperketat kawalan keselamatan di semua daerah pilihan raya selepas tiga kertas siasatan dibuka membabitkan kes khianat dengan api serta cubaan menghasut, meskipun situasi semasa dilaporkan kekal aman dan terkawal menjelang hari pengundian PRN Johor ke-16

12:07 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka tiga kertas siasatan berhubung insiden khianat serta cubaan khianat yang dikesan mempunyai kecenderungan menghasut sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 setakat ini.

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad mendedahkan dua daripada kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api atau bahan letupan, selain Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Sementara itu, satu lagi kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia membabitkan tindakan melakukan atau cuba melakukan perbuatan berunsur hasutan, serta salah guna kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Secara keseluruhan sejak hari penamaan calon pada Sabtu lepas sehingga semalam, kami telah menerima tujuh laporan polis berkaitan PRN Johor.

“Polis Johor terus mempertingkatkan kawalan keselamatan serta pemantauan pada semua daerah pilihan raya bagi memastikan setiap proses berjalan lancar, teratur dan selamat. Sehingga kini, tiada insiden yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

3,903 petugas dikerah kawal keadaan

Mengulas lanjut mengenai implikasi keselamatan, AB Rahaman menegaskan situasi semasa di seluruh negeri masih kekal aman dan terkawal.

Bagi memastikan momentum itu berterusan, seramai 3,903 petugas yang merangkumi 544 pegawai, 3,247 anggota, serta 112 pegawai awam telah diatur gerak ke posisi masing-masing demi memelihara ketenteraman awam.

Setakat ini, perjalanan kempen dan aktiviti politik oleh semua parti bertanding dilaporkan berlangsung dalam suasana harmoni hasil pemantauan ketat pihak berkuasa.

“Kita turut mempergiatkan pemantauan dalam platform media sosial serta bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi menangani penyebaran berita palsu, maklumat tidak sahih, serta kandungan berunsur hasutan atau provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” tambah beliau.

Amalkan kematangan berpolitik

Sambil mengesahkan aliran trafik di semua lokasi berkaitan pilihan raya berada dalam keadaan lancar, AB Rahaman turut menitipkan pesanan tegas kepada semua jentera politik dan penyokong.

Beliau menuntut semua pihak untuk sentiasa menghormati lunas undang-undang serta mempamerkan kematangan politik yang tinggi, termasuk menjauhi sebarang provokasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

Gendang PRN Johor bakal menyaksikan hari pengundian awal berlangsung pada 7 Julai ini, disusuli hari pengundian utama pada 11 Julai. – 29 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Hevel’s bombshell admission puts spotlight on ‘Unspecified Person’ in FIFA forgery probe

FIFA’s 64-page appeal ruling has revealed new details in the Harimau Malaya eligibility scandal, including Hector Hevel’s admission that he signed documents “without reading” them on the instructions of an “unspecified person”

Ajith Kumar’s entry adds star power to 12H Malaysia

Ajith will lead his team - Ajith Redant Racing - in the GT3 class alongside Belgian brothers Ayrton and Yannick Redant, as well as Kobe de Breucker, driving a Mercedes-AMG GT3 Evo

Related