HEADLINES

Rundingan sulit PAS gagal, BN Johor jadi ‘caca marba’ kerana ego pemimpin: Puad

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mendakwa ego dan sikap terlalu yakin segelintir pemimpin parti itu bahawa Barisan Nasional (BN) mampu menang besar di Johor tanpa pengaruh "Bossku" mendedahkan kepincangan baharu, selepas perancangan sulit untuk membentuk kerjasama politik bersama PAS disahkan menemui jalan buntu

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap terlalu yakin dan ego segelintir pemimpin Umno yang percaya Barisan Nasional (BN) mampu menang besar di Johor tanpa pengaruh “Bossku” akhirnya memakan diri apabila rundingan politik secara sulit bersama PAS disahkan menemui jalan buntu.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendedahkan, kegagalan itu bukan sahaja meranapkan pelan awal kerjasama, malah kini mengheret landskap politik BN ke kancah yang disifatkannya sebagai “caca marba”.

Menurut beliau, sebelum ini wujud gerakan senyap daripada pemimpin tertentu untuk berunding dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, dengan bersandarkan syarat awal bahawa PAS tidak akan meletakkan calon di Johor.

“Beberapa pemimpin Umno percaya Umno akan menang besar di Johor. Ada juga yang berpandangan kalau Bossku masih di dalam semasa PRN Johor tidak mengapa. Kerjasama Umno-PAS ini lebih besar impaknya walaupun Bossku tidak dapat membantu kempen.

“Itu punca ada pemimpin Umno menjadi terlalu ego dan over confident,” bidasnya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Amaran MKT diabaikan

Puad yang baru saja meninggalkan Umno menjelaskan, beliau bersama beberapa pimpinan lain sebelum ini telah pun menyuarakan kegusaran mengenai implikasi perundingan tersebut ketika ia dibangkitkan dalam mesyuarat MKT pada 10 Jun lalu.

Beliau menegaskan bahawa sebarang bentuk kerjasama politik dengan PAS sepatutnya hanya berpaksikan kepada strategi kemenangan pilihan raya, bukannya agenda lain yang tidak realistik.

“Saya dan beberapa yang lain mengingatkan bahaya berunding dengan PAS. Perundingan boleh diteruskan jika tujuannya untuk menang PRN atau PRU.

“Tetapi kalau kerjasama itu bertujuan penyatuan ummah ia tidak akan berjaya. Lagi baik fokus kepada Musyawarah Nasional dipengerusikan oleh Tan Sri Ghani Othman,” katanya lagi.

Calon ‘mediocre’ burukkan keadaan

Mengulas lanjut, Puad berkata keadaan menjadi semakin parah apabila BN membariskan calon-calon yang tidak menepati selera pengundi semasa serta mengetepikan suara golongan muda.

Strategi pemilihan calon itu dilihat sebagai satu lagi kesilapan taktikal yang melemahkan kedudukan parti di kubu kuat mereka.

“Malangnya kerjasama PAS-Umno gagal. Politik BN jadi caca marba. Ia diburukkan lagi dengan dengan barisan calon BN yang anti aspirasi orang muda, kitar semula dan mediocre,” katanya. – 29 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

From plastic bottles to political will: why Langkawi can go zero waste – John Chin

A moment of embarrassment at a zero-waste conference in Langkawi sparked a larger conversation: if Kerala can ban single-use plastics and embrace zero waste, why can’t Langkawi, a Unesco Global Geopark do the same?

I’m not quitting, MIC earned this post: Dhinagaran

Penang MIC chief rejects calls to step down from Hindu Endowment Board role, insists position was awarded on party’s own merit

Malaysia targets RM5 billion in remaining 1MDB recoveries: Azam Baki

The MACC chief says the agency is in negotiations with Tarek Obaid and Jho Low’s family accounts to reclaim misappropriated funds

Related