HEADLINES

Dewan Rakyat lulus RUU Jenayah Siber, lindungi pengguna digital di Malaysia

Zahid berkata RUU yang mengandungi 61 fasal berkaitan jenayah siber itu tertakluk kepada mekanisme semak dan imbang serta prosedur perundangan yang ketat bagi melindungi hak asasi dan privasi rakyat

8:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 diluluskan Dewan Rakyat hari ini, dengan antara lain memperuntukkan kesalahan dan hukuman berkaitan pemalsuan digital (deepfake) serta penyebaran imej intim digital yang dimanipulasi melalui sistem komputer kompleks.

RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan oleh 48 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Ketika menggulung perbahasan usul berkaitan RUU tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, RUU berkenaan tidak memberi kuasa mutlak kepada pihak berkuasa atau mengatasi mana-mana perundangan lain termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sebaliknya, beliau menegaskan, RUU yang mengandungi 61 fasal berkaitan jenayah siber itu tertakluk kepada mekanisme semak dan imbang serta prosedur perundangan yang ketat bagi melindungi hak asasi dan privasi rakyat.

“Sesungguhnya, mengekalkan keseimbangan yang sewajarnya antara penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan perlindungan hak asasi telah menjadi prinsip utama dalam penggubalan Rang Undang-Undang ini.

“Kerajaan ingin memberi jaminan kepada Dewan bahawa tiada satu pun kuasa yang diperuntukkan di bawah Rang Undang-Undang ini bersifat mutlak atau dilaksanakan tanpa pemantauan,” katanya.

Rang Undang-Undang itu antara lain bertujuan memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) bagi memastikan Malaysia dapat memenuhi obligasi antarabangsa di bawah Konvensyen Budapest (Konvensyen Majlis Eropah mengenai Jenayah Siber) dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Jenayah Siber.

Ia juga akan memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan bagi menangani kesalahan jenayah siber yang semakin kompleks.

Dalam pada itu, Zahid berkata kuasa mengakses sistem dan data komputer juga tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya, tetapi perlu mematuhi tatacara yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang itu akan memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara serta memastikan persekitaran digital yang lebih selamat, terjamin dan boleh dipercayai.

“Notis pemeliharaan data komputer hanya boleh dikeluarkan sekiranya pegawai penyiasat berpuas hati bahawa data itu munasabah dan diperlukan bagi tujuan penyiasatan serta terdapat risiko data berkenaan dipadam, diubah atau dimusnahkan jika tindakan segera tidak diambil.

“Ia tertakluk prosedur perundangan yang ketat sebagaimana yang sedang berjalan dan akan kita lakukan pengetatannya di dalam pelaksanaan RUU berkenaan,’’ katanya .

Penggubalan RUU ini turut melibatkan beberapa agensi utama termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Peguam Negara serta kementerian dan agensi berkaitan lain.

Mengenai perlindungan terhadap mangsa jenayah siber, Zahid berkata kerajaan berkongsi kebimbangan bahawa golongan rentan semakin menjadi sasaran sindiket melalui penipuan kewangan, eksploitasi seksual, penyebaran imej intim tanpa kebenaran dan manipulasi kandungan digital.

Beliau berkata RUU itu memperuntukkan beberapa kesalahan khusus yang sebelum ini tidak diperuntukkan secara jelas di bawah undang-undang sedia ada, sekali gus memperkukuh perlindungan kepada mangsa.

Dari segi penguatkuasaan, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal sebagai agensi utama, dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menerajui siasatan, manakala NACSA berperanan sebagai penyelaras strategik bersama MCMC, Bank Negara Malaysia dan agensi teknikal lain. – 1 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related