◉ HEADLINES

‘Sudahlah tidak terima kasih, dia guna masa kempen untuk mencela,’ : Anwar

Perdana Menteri berkata, apa yang dibangkitkan oleh Onn Hafiz tidak betul dan telah dijelaskan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya tidak menjadikan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Perdana Menteri, apa yang dibangkitkan oleh Onn Hafiz tidak betul dan telah dijelaskan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Malah katanya, ia adalah projek Kerajaan Persekutuan dan tentunya dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Soal mengumumkan dan menandatangani itu soal Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Singapura.

“Jadi tak payah jadikan ini isu. Isu ni projek pelaksanaan berjalan. Belanja tinggi. Kebanyakan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan itu ada.

“Sudahlah tidak terima kasih. Dia guna masa kempen ini untuk mencela…tak cerdik,’’ katanya.

Anwar berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini hari ini.

Pada Khamis, Onn Hafiz menerusi hantaran di Facebook berkata, Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah siap dan sepatutnya diumumkan segera bagi memastikan momentum baik ekonomi Johor dapat diteruskan.

Menurut, pelan tersebut pada asalnya disasarkan untuk diumumkan pada penghujung tahun lalu namun ditukar kepada 30 Mac 2026 dan kini dikatakan ditangguhkan sekali lagi.

“Pelan induk tidak perlu tunggu sehingga leaders retreat akhir tahun ini untuk dilancarkan kerana ia tidak perlu mendapat persetujuan dari kerajaan Singapura. Malah agensi berkenaan dari Singapura, Malaysia dan Johor telah pun memberi input dan maklum balas mereka.

“Perkara ini tidak sepatutnya terus dilengahkan. Ia melibatkan kepastian kepada pelabur, hala tuju sektor, zon pelaburan, insentif, infrastruktur, pembangunan bakat dan penyelarasan antara agensi,’’ katanya. – 3 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related