HEADLINES

SParK 2026: PUNB sasar agih pembiayaan RM2.25 bilion, sedia potong kadar faedah

Perdana menteri bayangkan tambahan peruntukan daripada MOF jika agensi kekal prestasi cemerlang bantu usahawan bumiputera

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meletakkan sasaran agresif untuk meluluskan pembiayaan sehingga RM2.25 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang bermula 2026 hingga 2030 demi melonjakkan agenda pembangunan usahawan bumiputera.

Komitmen besar itu diumumkan sempena pelancaran SParK 2026: Transformasi Niaga oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Di bawah Kerangka Strategik R30, dana tersebut bakal digerakkan untuk mempercepat pertumbuhan syarikat bumiputera, meningkatkan keupayaan penskalaan komersial, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, serta mengukuhkan rantaian bekalan utama negara.

MOF sedia tambah peruntukan

Menyifatkan prestasi agensi nasional itu sebagai amat memberangsangkan, Anwar memberi bayangan awal mengenai sokongan berterusan daripada pihak kerajaan sekiranya momentum cemerlang ini dipertahankan.

“Sekiranya prestasi tersebut dapat dikekalkan, kerajaan akan mempertimbangkan penambahan peruntukan daripada Kementerian Kewangan.

“Pada masa ini, PUNB merupakan antara agensi yang melaksanakan agenda kerajaan dengan memberi tumpuan kepada keutamaan yang telah digariskan, selain bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan,” katanya kepada media selepas majlis perasmian di sini, hari ini.

Sebagai galakan tambahan, PUNB turut mengumumkan pemotongan kadar pembiayaan skim PROSPER GROW kepada serendah 3.5 peratus setahun.

Langkah ini diperkukuhkan lagi dengan pengenalan tiga program baharu—PROSPER GROW BIZ EXPRESS, PROSPER GROW FUEL UP, dan PROSPER GROW AUTO BIZ—bagi mempermudah akses modal kerja para usahawan.

Semua sasaran ini akan dipacu menerusi kemudahan sedia ada termasuk skim PROSPER GREAT dan PROSPER IMPACT/NOVA.

Bukan Sekadar Acara TahunanPenganjuran SParK 2026 yang berlangsung selama dua hari ini amat signifikan kerana ia diadakan menjelang ulang tahun ke-35 PUNB, menghimpunkan ekosistem perniagaan merangkumi tokoh korporat, pemain industri, penggiat digital, serta rakan strategik negara.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Rastam Mohd Isa menegaskan bahawa platform ini direka khusus untuk mempertemukan ilmu, pasaran, jaringan, dan peluang pertumbuhan yang lebih tersusun.

“SParK bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya sebuah platform transformasi yang mencerminkan komitmen PUNB dalam melahirkan usahawan bumiputera yang lebih tersusun, berdaya saing dan berdaya tahan untuk jangka panjang.

“Keutamaan PUNB adalah memastikan lebih banyak syarikat bumiputera dapat mengembangkan perniagaan, memperkukuh tadbir urus dan berkembang secara mampan selaras dengan agenda pembangunan negara,” jelas Rastam.

Sejak bertapak pada tahun 1991, PUNB telah berjaya melahirkan lebih 15,500 Rakan Usahawan dengan jumlah kelulusan pembiayaan mencecah RM5.15 bilion.

Menurut Rastam, angka tersebut merupakan penanda aras sebenar kepada peluang pekerjaan yang telah diwujudkan serta keupayaan entiti bumiputera untuk beralih daripada sektor peruncitan konvensional kepada aktiviti ekonomi bernilai tambah dan berimpak tinggi.

Pemerkasaan Berasaskan Data & TeknologiBagi memastikan perancangan masa depan dibuat dengan lebih tepat, PUNB turut memeterai pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Kerjasama strategik ini akan membuka ruang kepada usahawan bumiputera untuk meneroka bidang teknologi moden, inovasi, dan pengkomersialan berasaskan data yang lebih jitu.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Usahawan SParK 2026 kepada lima Rakan Usahawan PUNB atas pencapaian, daya tahan, serta disiplin tinggi mereka dalam mengemudi perniagaan secara mampan dan berkesan. – 4 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related