HEADLINES

Seorang rakyat Malaysia maut ketika daki Gunung Elbrus di Rusia

Mendiang merupakan sebahagian daripada kumpulan tiga rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di Rusia

9:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow mengesahkan seorang rakyat Malaysia telah meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Rusia, Sabtu lalu.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya berkata, mendiang merupakan sebahagian daripada kumpulan tiga orang rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di negara berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Moscow telah berhubung dengan keluarga mendiang di Malaysia serta dua rakyat Malaysia yang turut menyertai pendakian tersebut bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya,’’ katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pihaknya menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, akan terus memantau perkembangan kes ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,’’ katanya.

Berdasarkan laman web https://explorersweb.com/, Julai dan Ogos merupakan bulan kemuncak bagi pendakian Gunung Elbrus kerana cuaca pada musim panas adalah lebih stabil.

Bagaimanapun gunung tersebut masih merekodkan antara 15 hingga 30 kematian setiap tahun, yang lazimnya berpunca daripada penyakit altitud, ribut yang berlaku secara tiba-tiba atau kegagalan menyesuaikan diri dengan altitud tinggi dengan baik. – 13 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related