HEADLINES

Mahu bantu Syed Saddiq berbanding KJ, Puad seloroh dakwa kini ‘tidak berparti’

Puad mendedahkan terdapat desas-desus kuat mengatakan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ), ditawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Muar bagi menentang Syed Saddiq dalam pilihan raya akan datang

10:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mencuri tumpuan warga maya apabila secara berseloroh mengisytiharkan dirinya kini “tidak berparti” semata-mata mahu membantu kempen Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kenyataan melucukan namun penuh sindiran politik itu dizahirkan beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, susulan khabar angin yang mendasari landskap politik Johor ketika ini.

‘Dream match’ di Parlimen Muar?

Puad mendedahkan terdapat desas-desus kuat mengatakan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ), ditawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Muar bagi menentang Syed Saddiq dalam pilihan raya akan datang.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq atas pembebasan penuh kes mahkamahnya baru-baru ini, Puad secara terbuka mencabar KJ untuk menyahut cabaran tersebut memandangkan profil kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Balang sebelum ini berada dalam kedudukan yang sangat kukuh.

“Takut apa. BN Johor menang besar. Populariti kamu plus populariti Onn Hafiz akan membantu kamu menang besar juga. Lagi pun ikut keputusan di DUN Maharani dan Sg Balang, BN akan tawan balik Parlimen Muar.”

Sedia turun padang kempen

Bagaimanapun, apa yang paling menarik perhatian pemerhati politik adalah ‘plot twist’ di hujung hantaran beliau.

Meskipun beliau merupakan bekas pemimpin kanan Umno dan Speaker DUN Johor, Puad menegaskan pendiriannya untuk memilih membantu Syed Saddiq berbanding Khairy Jamaluddin sekiranya pertembungan itu benar-benar berlaku.

“Apa pun antara Syed Sadiq dan KJ, saya pilih bantu kempen Syed Sadiq. Apa salahnya. Saya tidak berparti.”

Hantaran ringkas Puad itu kini dihujani pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan usikan sinis beliau, selain menyifatkan pertembungan antara KJ dan Syed Saddiq di Muar sebagai satu perlawanan tumpuan sekiranya ia menjadi kenyataan. – 14 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related