HEADLINES

Empat Adun DAP beralih kedudukan, pengerusi PH Melaka masih di blok kerajaan

Kesemua Adun DAP itu kini ditempatkan bersama Adun Perikatan Nasional dan Bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam

11:21 AM MYT

 

MELAKA – Kedudukan kerusi empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Melaka berubah ke blok pembangkang pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Kesemua Adun DAP itu kini ditempatkan bersama Adun Perikatan Nasional dan Bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam.

Mereka ialah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).

Bagaimanapun, kedudukan wakil tunggal Parti Amanah Negara (Amanah) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pula kekal bersama blok kerajaan, dan dijarakkan daripada empat ADUN berkenaan.

Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum dalam ucapannya berharap kesemua Adun dapat mengambil bahagian dalam persidangan hari ini dengan penuh disiplin, berhemah, bersopan dan mematuhi peraturan-peraturan dewan.

“… walaupun kedudukan sebahagian daripada ahli-ahli Dewan Undangan telah pun diubah,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi menumpukan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Ia susulan tindakan DAP Melaka yang mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas DUN meluluskan pindaan Perlembagaan negeri bagi membolehkan pelantikan ADUN secara lantikan.

Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata keputusan itu selaras dengan pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi dan pilihan raya. – 15 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related