HEADLINES

Batal lesen, permit Network School jika langgar peraturan: TMJ

Johor tidak akan berkompromi, operasi tanpa lesen sah bakal ditutup, lesen dibatalkan, permit ditarik balik. TMJ dan Onn Hafiz sepakat: negeri ini bukan pangkalan untuk aktiviti menyalahi undang-undang

10:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) bertitah tidak akan teragak-agak menarik semula lesen atau permit operasi syarikat Network School di Forest City sekiranya terbukti berlaku pelanggaran undang-undang

“Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, Kerajaan Negeri Johor tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor,” demikian titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) berhubung kontroversi melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini.

“Sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN),” titah baginda lagi dalam perkongsian di Facebook.

Baginda menambah, Kerajaan Negeri Johor bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap operasi sekolah tersebut bagi memastikan pematuhan undang-undang dan syarat lesen.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan Network School di Forest City telah diarahkan tutup selepas didapati beroperasi tanpa lesen sah, sambil menegaskan Johor tidak akan dijadikan pangkalan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang atau menjejaskan kedaulatan negara.

Beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan membuat keputusan segera dan muktamad mengenai status individu serta operasi Network School.

Ditubuhkan pada 2024 oleh pelabur teknologi Balaji Srinivasan, Network School digambarkan sebagai komuniti kediaman teknologi di Forest City.

Projek ini menarik ratusan peserta antarabangsa dari lebih 40 negara, termasuk dakwaan penglibatan warga Israel menggunakan pasport kedua.

Pelaburan awal mencecah lebih RM100 juta, dengan rancangan pengembangan sehingga RM500 juta, kini ditangguhkan susulan siasatan. – 18 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related