KUALA LUMPUR – Kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sudah bermula dengan nama-nama ‘besar’ dalam politik turut bersaing bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Antaranya ialah Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, menyaksikan pertandingan satu lawan dengan calon MCA, Siow Kong Choon.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan, mewakili DUN berkenaan sejak 2013.
Sementara Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pula akan mempertahankan kerusi DUN Rantau bagi penggal ketujuh.
Beliau berdepan calon muka baharu dari Pakatan Harapan (PH), Dr Azizul Hakim Mahdi.
Manakala Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun berdepan saingan tiga penjuru di DUN Linggi, pada PRN 1 Ogos ini.
Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini mewakili DUN Sikamat selama empat penggal berturut-turut akan menentang calon BN yang juga penyandang, Faizal Ramli dan dari Bersatu, Zamri Said.
Sebelum bertanding di DUN Linggi, Mohd Faizal pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang selama satu penggal pada 2004.
Bagi Pengerusi Umno Negeri Sembilan pula, Datuk Seri Jalaluddin Alias mempertahankan DUN Pertang dalam saingan tiga penjuru pada PRN ke-16 kali ini.
Penyandang kerusi itu akan dicabar calon PH, Mohd Umry Abdul Khois dan calon Bersatu, Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus.
PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 1 Ogos ini dan kali ini ia menyaksikan BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) manakala PH bertanding solo di semua 36 DUN.
Pada PRN ke-16 ini, PH akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN, BN (25 kerusi) dan PN (11 kerusi), selain Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) masing-masing satu kerusi DUN.
Sementara Bersatu akan bertanding di 24 kerusi DUN termasuk dua daripada Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) menggunakan logo Bersatu.
PRN terakhir Negeri Sembilan berlangsung pada 12 Ogos 2023 dengan PH memenangi 17 kerusi DUN, diikuti BN dengan 14 kerusi dan PN lima kerusi.
Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pillihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, seramai 103 calon bertanding melibatkan saingan antara calon tertua berusia 70 tahun manakala calon paling muda adalah 23 tahun.
“21 daripada 36 kerusi DUN saksikan pertembungan tiga penjuru,” katanya.
Berdasarkan statistik SPR, seramai 889,490 pemilih layak mengundi pada PRN kali ini, terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis dan pasangan. – 18 Julai, 2026
