HEADLINES

Amang seksual kanak-kanak: Doktor pakar dipenjara tujuh tahun, tujuh sebatan

Hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan serta perintah pengawasan polis selama dua tahun bagi setiap pertuduhan pertama hingga keenam manakala bagi pertuduhan terakhir, penjara tujuh tahun dengan satu sebatan serta dua tahun pengawasan polis

6:41 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Seorang doktor pakar otorinolaringologi (ENT) di sebuah hospital swasta dihukum penjara tujuh tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pesakit kanak-kanak lelaki pada 2022 dan 2023.

Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Safwan Mohd Soffian, 42, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan serta perintah pengawasan polis selama dua tahun bagi setiap pertuduhan pertama hingga keenam manakala bagi pertuduhan terakhir, penjara tujuh tahun dengan satu sebatan serta dua tahun pengawasan polis.

Kesemua hukuman penjara diarahkan berjalan serentak bermula hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki yang ketika kejadian berusia 11 dan 12 tahun di bilik konsultasi di sebuah hospital swasta di sini pada September, Oktober dan November 2022 serta April 2023.

Pertuduhan pertama hingga keenam dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala pertuduhan ketujuh di bawah Seksyen 14(d) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad dan Nur Azhani Azman manakala Mohd Safwan diwakili peguam Ahmad Kamal Abu Bakar, Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Fairuz Jusoh. – 19 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related