HEADLINES

Kes Rasuah RM2.8j Felcra: Zizie Izette bebas semua tuduhan subahat

Selepas mengharungi prosiding mahkamah yang panjang secara bersendirian berikutan kematian suaminya, pelakon Zizie Izette akhirnya mampu menarik nafas lega apabila mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah

10:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada ketiga-tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan Felcra Berhad.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan tersebut selepas meneliti keseluruhan keterangan dan mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Selepas meneliti keseluruhan keterangan, mahkamah ini memutuskan tertuduh berjaya membuktikan keraguan dalam kes ini dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

“Oleh demikian, mahkamah ini memutuskan bahawa tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan,” tegas Hakim Rosli ketika membacakan keputusan tersebut pagi ini.

Zizie Izette, 47, yang juga isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilihat gagal menahan sebak dan menitiskan air mata sejurus mendengar keputusan yang menamatkan rentetan perbicaraan kes sejak beberapa tahun lalu itu.

Kes ini sebelum ini mendapat perhatian meluas kerana membabitkan kelulusan pelaburan dana Felcra Berhad sebanyak RM150 juta untuk menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad sekitar 11 tahun lepas.

Dalam alasan penghakimannya, Hakim Rosli Ahmad menjelaskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen utama pertuduhan bersubahat, memandangkan kes terhadap pelaku utama—iaitu suaminya, Allahyarham Bung Moktar Radin—telah pun ditarik balik susulan kematiannya pada Disember tahun lepas.

“Dalam kes ini, pertuduhan terhadap tertuduh pertama (Bung Moktar) telah ditarik balik selepas beliau meninggal dunia. Atas alasan tersebut, elemen subahat tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan,” jelas beliau.

Selain itu, mahkamah turut mendapati Zizie Izette langsung tidak mempunyai pengetahuan mengenai pelaburan Felcra tersebut berdasarkan penelitian silang terhadap keterangan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Lebih penting, Hakim Rosli menegaskan bahawa dana RM2.8 juta yang menjadi subjek utama kes ini bukanlah wang rasuah seperti yang didakwa.

“Wang RM2.8 juta itu sebenarnya hanyalah ‘bayaran pengenalan’ (introduction fee), bukannya rasuah. Pembelaan tertuduh didapati selari dengan keterangan dua saksi utama pendakwaan (SP24, Norhaili Ahmad Mokhtar dan SP25, Madhi Abdul Hamid).

“Oleh itu, tertuduh tidak bersubahat dengan cara pakatan jahat atau konspirasi, dan wang pengenalan tersebut bukan rasuah,” kata hakim.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Ayatollah Ali Khamenei terbunuh bersama anak, menantu dan cucu: Media Iran

Laporan Fars News Agency menyebut berita duka itu telah disahkan oleh sumber rapat keluarga Khamenei, mengukuhkan kebimbangan meningkatnya konflik serantau

DNS redirection: MCMC to continue engagement sessions with stakeholders

Regulatory body will gather views on other methods to tackle online harms after communications minister ordered not to proceed with rerouting method 

‘When I was a Kid 3’ author speaks out after novel’s ban

The author of the now-banned graphic novel “When I was a Kid 3” has described the Home Ministry’s decision to do so as unfortunate.

Related