HEADLINES

AGC arah inkues siasat kes tembakan tiga individu di Durian Tunggal

Prosiding inkues itu bertujuan menentukan punca dan sebab kematian serta meneliti fakta dan keadaan yang membawa kepada kematian tersebut, termasuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sebarang unsur jenayah berhubung kematian tiga individu terbabit

9:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan satu prosiding inkues diadakan bagi menyiasat insiden tembakan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka, pada 24 November lalu.

Dalam kenyataannya, AGC berkata, prosiding inkues itu bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian serta meneliti fakta dan keadaan yang membawa kepada kematian tersebut.

Ia termasuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sebarang unsur jenayah berhubung kematian tiga individu akibat insiden tembakan terbabit.

“Jabatan ini telah menerima dan meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia. Setelah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan dapatan siasatan, Jabatan ini memutuskan supaya satu prosiding inkues diadakan di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Jabatan Peguam Negara memandang serius setiap insiden yang melibatkan kehilangan nyawa,’’ katanya.

Sehubungan itu, AGC berkata, keputusan untuk mengadakan prosiding inkues ini mencerminkan komitmen Jabatan bagi memastikan segala fakta dan keadaan yang berkaitan diperiksa secara menyeluruh, telus dan bebas selaras dengan kehendak undang-undang.

“Jabatan ini kekal komited untuk memastikan setiap tindakan dan proses perundangan dilaksanakan dengan adil, profesional serta berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang,’’ katanya.

Dalam kejadian pada 24 November tahun lepas, tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa menghayunkan parang ke arah seorang koperal polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, kira-kira 4 pagi.

Insiden berkenaan menyebabkan anggota polis berusia awal 30-an itu mengalami kecederaan serius pada lengan kiri.

Ahli keluarga mangsa bagaimanapun menolak dakwaan bahawa suspek bertindak ganas, menyebabkan Bukit Aman menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Pada 26 Mei lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata kertas siasatan kes tembakan itu dirujuk semula kepada AGC selepas pihaknya selesai melengkapkan beberapa arahan tambahan diminta pihak pendakwaan. – 20 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related